Tuesday, 7 July 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan. 

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah 
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat. 

3. Penghantaran Yang Fleksible 
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan. 

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :) 
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50. 

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)

KAYAKING EXPEDITONS TO SURVIVAL ISLAND

Assalamualaikum semua ^_^

Kamu sihat kah semua ni? haha. hari ni rajin sikit nak hapdet entry pasal training kitorang yang berjalan selama lima hari. perghhh. lima hari macam 5 bulan. penat !

Training kitorang ni hasil gabungan instructors dari OUTWARD BOUND SABAH dan juga dari OUTWARD BOUND LUMUT, PERAK. Dan tidak ketinggalan, instructors dari OUTWARD BRUNEI juga ada tapi diorang joined sehari saja lah. hehe. Korang boleh klik link tu untuk tahu apa itu Outward Bound..

Dalam training tu macam macam lah kami buat. start dari morning exercise hari pertama, then sambung kayaking expeditions, jungle trekking, sailing dan lain-lain.

Meh tengok gambar kat bawah ni. gambar akan menceritakan suasana sebenar kepada pembaca ^_^.


morning exercises lead by our Executive Director, Mr. Benjamin Benedict
Ok. lepas ja morning exercises, kami pun diarahkan untuk get ready for Kayaking Expeditions to Pulau Tiga. Tak pernah lagi kami kayak sejauh 42KM ni. gila jauh jugak lah pulau tiga tu. kami berjaya atau tidak? jeng jeng jeng.. nantikan. hahaha.~


ok. dah ready dah gerak.
Time ni ombak jangan cakaplah. tengok sendiri kat gambar~
Nampak tak pulau kecil kat depan sana tu? haaaaa tu pulau Layangan namanya. Pulau Tiga ada kat belakang pulau Layangan tu. pulau Layangan to Pulau 3 lebih 13KM. haha
Time ni still boleh senyum walaupun saya dah start mabuk laut. kecik besar kecik besar ja aku tengok pulau Layangan tu. cait~

Okay. haha. sambung lagi.. jam sudah pun menunjukkan jam 4 petang. dan langit semakin gelap mendung. ombak semakin tak menunjukkan sifat baiknya. so adakah kami berjaya sampai ke pulau tiga?


Tadaaaaaaa!! ahaha. kitorang dah sampai.
hahaha.
kitorang dah sampai. tapi bukan sampai kat pulau tiga. sobbb :( . kitorang singgah ja mana-mana pantai yang ada. nama pantai ni pantai malugus kalau tak silap
Ok masing-masing penat tapi tetap sibuk bekerjasama nak masak for berbuka puasa. hehe
Walaupun tak sampai pulau 3, muka tetap happy hahahaa.
(OBML dan OBS).
Doa untuk berbuka. kat sini bukan semua Islam tapi tetap nak makan sama-sama time berbuka hehe

Pulau 3 yang sebenar adalah macam ni. hahaha~ takpe lah. tak sampai pulau tiga sebab keadaan tidak mengizinkan. huhu.




Sambung. Keesokan paginya.. kitorang bangun dan get ready untuk mendayung balik semula ke OBS, iaitu base camp kami. Kelihatan ombak masih juga menunjukkan taringnya dan dia bersedia untuk mengigit siapa saja yg tidak dapat survive.

Lama kitorang berfikir untuk keluar daripada kawasan pantai tu. akhirnya our senior instructor OBS, elle and leo try 1st untuk kayak keluar mengharungi ombak-ombak besar tersebut.


hebat ELL dan LEO
termenung duduk di stalker boat memandang ke arah ombak-ombak besar hahaha
Ini selepas kitorang dah berjaya lepas daripada gigitan ombak besar tu. cait! sebelum keluar ke sini, aku dua kali kena gigit ombak besar tu ahahaha. dasyat. pengalaman yg buat aku lagi berani.

Dayung dan dayung. aku dah KO dah time ni. ahhaahah~. akhirnya berjaya jugak sampai kat boathouse, iaitu basecamp kitorang. fuhhh ALhamdulillah.


yeahh finally. dah sampai darat! happy me

Dasyat tul cabaran time ni. perghhh. aku sikit lagii nak giveup. nasiblah time ni aku dikelilingi orang orang hebat berpengetahuan dan berpengalaman so semangat aku tu datang lah balik~ >_<~

Nak masuk ke basecamp area tu pun kena lawan ombak besar lagi ahahaha. dan sekali lagi partner aku, usop kena gigit ombak besar. Tapi untunglah org yg dah kena gigit dgn ombak besar ni sebab dah rasa dah panik and happy dia. haha. takut pun hilanglah sikit. kan kan :P

OK tu ja aku nak share untuk sea exp kitorang. habis ja sea exp ni, kitorang balik mandi rehat kejap dan sambung lagi jungle trekking. tu nanti aku rajin aku cerita kat entry seterusnya~ hehe.

Dadaaaaaa~
Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.