Monday, 15 February 2016

WAJIB TAHU ! FAKTA TENTANG NORAH ORGANIC HAIR REMOVAL

ORGANIC HAIR REMOVAL
Assalamualaikum. 

PASTI RAMAI ANTARA ANDA YANG MENGALAMI MASALAH BERIKUT BUKAN??


Hitam di bawah lengan kesan bercukur.

Gatal setiap kali selepas bercukur.

Bulu tumbuh kasar dan tajam.

Bulu tumbuh semakin lebat dan tebal.

Tak sanggup berhabis wang untuk servis waxing mahal!
Kulit kering akibat bercukur.
Bulu tumbuh semula sangat cepat walaupun telah mencuba pelbagai krim dan pisau cukur.

Nah! Saya berikan anda penyelesaian kepada semua masalah di atas!
Dengan fungsi utama NORAH WAX menanggalkan bulu hingga akar umbi! Semua masalah anda diatas selesai sekelip mata!

Tak percaya? jom baca fakta dibawah ini..



So here we go.. satu persatu fakta ttg Norah Organik Hair Removal ok. harap tak jemu membaca.
  •  Digunakan untuk mencabut bulu bulu di badan kita seperti ketiak, kaki, tangan dan kawasan-kawasan yang tidak sesuai disebutkan disini. 
  • Bahan-bahan yang terdapat dalam NOHR ni  adalah 100% bahan organik seperti madu, lemon dan tea tree oil yang mana ia berfungsi utk melembut, melembapkan dan memutihkan permukaan kulit kita. 
  •  Waktu terbaik untuk dapatkan hasil yang maksima sewaktu waxing adalah selepas seminggu bercukur (jika anda bercukur). Atau setelah bulu mencecah 1 hingga 1.5cm panjang. Berbeza jika selepas waxing pula, kebiasannya kita perlu tunggu hingga 2 - 3 minggu untuk wax semula kerana bulu akan mengambil masa yang lama untuk tumbuh.. 
  •  Norah Set mengandungi kelengkapan lengkap untuk sesi waxing anda dirumah ! Termasuk 12 cotton strips yg boleh dicuci dan diguna semula, cuma perlu rendam dgn air suam dan bilas selepas digunakan. 4 wooden sticks untuk kacau wax sewaktu dipanaskan dan juga utk sapu wax pada kulit. 
  • 1 jar mengandungi 380gram wax dan biasanya cukup untuk dua hingga tiga kali penggunaan untuk sesi waxing full body dan satu manual ringkas utk rujukan cara penggunaan. 
  • Dalam setiap botol NOHR ni, kita boleh bahagi penggunaan kepada seluruh bahagian badan yang ingin dibersihkan untuk bebas bulu. Antaranya, tangan, kaki/betis/peha, ketiak, upper lips, bahagian privasi, dada/belakang badan, dan lainlain. Asalkan namanya bulu, semua boleh dihapuskan..
😘
Dah siap baca? so apa tunggu lagi. anda boleh order terus melalui whatsapp saya di talian 0198238481. atau pm saya di facebook . saya sedia membantu anda semua. hehe.

Yang nak cod norah organik hari removal ni pun boleh. saya area kota kinabalu-papar, sabah. Harga? RM40 sejar tak termasuk pos :). 

Thank You ^_^. Semoga bermanfaat ya.

Tuesday, 9 February 2016

TEMPAT MENARIK DI KENINGAU DAN TENOM


Assalamualaikum. haha. lama sangat tak hapdet entry kat blog ni. sebenarnya banyak ja aktiviti yang dibuat tapi nak buka blog tu malas sangat. hukhuk.


So hari ni baru terasa rajin sikit nak kongsi entry dengan semua.


Hujung bulan lalu, company saya @outwardboundsabah (boleh cari di instagram & fb) ada buat staff retreat ke Keningau dan Tenom.

Beberapa hari sebelum jalan tu, kami dah bagikan kumpulan untuk tiga buah bas dan itenary jam berapa kumpul, apa aktiviti yg akan dilakukan dan  lain lain.

Hari Pertama..

Pagi tu semua staf berkumpul jam 6.45am depan ofis. konon lah jam 6.45 pagi. hahaa.


yang ni dah jam 7am. haha. masih menunggu beberapa org yg terlewat tanpa disengajakan. posing mcm semua dah marah menunggu tu haha.


PENGALAMAN SEMASA DALAM PERJALANAN..

Saya dapat kumpulan yg memang selalu gila sama sama so takda hal. tapi naik bas yang oldskul. hahaha. naik bukit pun terbatuk-batuk. sampai tahap bas kami tu overheat bila sampai di atas bukit kimanis ~

Kalau kamu mau tau, jalan Kimanis --> Keningau tu adalah laluan tanah tinggi. Sejuk jugak tapi syukur sebab kabus tidak tebal sangat. Bas yg saya naik pula tiada aircond. hahahaha. so dapatlah fresh air sepanjang pergi dan balik :P !

Sebenarnya pada mulanya saya sendiri tidak tahu tentang Manis-Manis Resort tu. Langsung tidak google. so ikut ja lah kan.

Dalam perjalanan kami di potong oleh dua bas company yg lasak. Almaklumlah bas kami kan oldskul, bas diorang pula baru. hahaha. naik bukit pun 20km/sejam. kau mampu? ahaks.


Tapi Alhamdulillah kami sampai jugak di tempat yang ingin dituju walaupun pada mulanya tidak tahu dan mahu menggunakan wave tapi mujurlah yg drive kami masa tu pun boleh tahan hebat. hahaha. 

MANIS-MANIS RESORT KENINGAU


Tempat persinggahan pertama kami adalah di Manis-manis Resort Keningau dekat dengan banjaran Crocker. 


Kami singgah kat sana sebab bos buat meeting kat situ. perjalanan company 2016, lebih kurang pasal tu lah meeting kitorang.

Pemandangan depan sebelum masuk ke Hall dia. nampak tak bas warna ganjil tu? tu lah bas kami haha.

yang ni lah time meeting. 

Hall untuk meeting dia memang boleh tahan. sangat cantik view yang kita dapat. sejuk. kami pasang aircond lagi lah tambah sejuk. tandas dia saya bagi 10/10.. 

 Dan laluan masuk kat dalam tu pun ada beberapa pameran khas untuk setiap pengunjung yg dtg. 


Suasana sangat tenang untuk siapa yang mahukan honeymoon atau relaks dari bunyi bising di bandar.

Antara asrama utk pengunjung sewa
Yang ni tempat makan kitorang. kami lunch disini. actually tempat dia luas tapi gambar ni ja yang ada. tidak sempat ambil full gambar.
Half daripada tempat makan cinnamon cafe.

Cafe diorang ni dinamakan cinnamon cafe sebab terdapat banyak pokok kayu manis di sekeliling dia. and bab makanan pula, kalau yg mau BBQ atau request makanan local sabahan boleh ja request awal2 sebelum datang. nanti diorang prepare lah untuk kamu.

Ok selesai kat Manis-manis rooftop Keningau, kami meneruskan perjalanan pula ke Tenom. Kami tidur satu malam di Tenom. Di chalet Taman Pertanian Sabah.

TAMAN PERTANIAN SABAH..

Di TPS ni pun ada chalet jugak untuk sesiapa yg tak tau lagi. Banyak chalet / rumah rumah kayu yang modern khas untuk pengunjung yang nak sewa dan bermalam kat TPS ni.

Gambar dari hp saya semua dah terpadam so gambar di googlw je lah ehh. Tapi view tetap sama dengan yang real. kalau tak caya, boleh tengok kat instagram saya @fitrianieefifiy ! :p







Kawasan Taman Bunga yang sangat cantik !!!
one of the chalet yg ada kat sana. 
Chalet dia mmg terbaik. Dari segi range harga rasanya RM200+ untuk sewa sebuah rumah. Dalam tu ada masteroom dan satu bilik biasa. dua toilet. 

Ada peti ais, gas, tempat masak air, aircond, kipas, sofa, meja makan, dapur, tempat jemur kain. Yang penting lengkap !! pilih je nak chalet yg dekat2 dengan chalet lain or nak jauh2. semua ada.


Hari Kedua..

Pagi pagi tu kami cuma ke pasar / tamu kat pekan tenom untuk cuci cuci mata dan bekpes. 

Pastu sambung melawat beberapa lokasi yg tidak pernah kami pergi.

TENOM FAT CHOI COFFEE




Kat Fat choii coffee ni boleh order macam macam jenis minuman / dessert yang berasaskan coffee tenom. memang sedap. Affogato dia super yummeh. dan harga tak mahal !! RM6.50 je secawan.

Next..

MURUT CULTURAL CENTRE TENOM.






pusing kepala please



Yang tu antara game yg sempat saya main selain daripada melawat kawasan rumah murut tu. memang had fun sangat. tak rugi pergi tempat-tempat yang jauh dari bandar untuk release tension.

satu pengalaman yang tak rugi dalam hidup.

tu saja. see in next entry, In sha Allah.

Wednesday, 2 December 2015

PENGETAHUAN TENTANG BREASTFEEDING !! WAJIB TAHUUUU!!

Assalamualaikum. Selamat Petang kawan kawan semua ^_^.

Kali ni nak share entry tentang perkara penting yg kita sebagai wanita wajib ambil tahu.

Dah kawin ke belum kawin kah tetap perlu ambil tahu agar nanti kita tidak mengalami stress saat melaluinya seperti segelintir wanita diluar sana.

Ini adalah tentang breastfeeding ! 


Apa kebaikan breastfeeding ni? Kenapa perlu untuk menyususkan bayi? Semua tu kita perlu tahu dan rajin baca.

Tak rugi baca. Sebagai contoh, salah satu kebaikan breastfeeding ni kan ia dapat mengurangkan risiko wanita daripada terkena kanser payudara tau!


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan/manfaat/atau nak gain knowledge, korang boleh klik gambar tu atau masuk ja sini ---> five minutes of your life !


Kat dalam web tu, ada juga dikongsikan cara mencairkan susu perahan yang suah dibekukan, berapa lama boleh simpan susu perahan, dan ramai blogger famous sharing tips, sharing ilmu dan pengalaman mereka tentang breastfeedinig ni. 

Salah 1 blogger femes tu adalah cik Epal. Mesti korang kenal beliau kan. hehe. 

Semoga bermanfaat untuk mereka yang rajin membaca.


KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Sekian. wassalam

Monday, 30 November 2015

SAYA TAK DAPAT BONUS NUFFNANG~~~~~~~

Assalamualaikum semua. hauhauhua. 

Tadi tengok cik akak posted earning nuffnang dia dah RM300 lebih. saya baru RM23.

And tak pernah dapat bonus dari Nuffnang. Ke sebab takda org kunjung blog kerdil saya ni? hukhuk. 

Ada ja iklan masuk tapi mungkin takda pengunjung yg klik kat iklan tu kot, kan? ahaks. takpe lah. sabar menanti hehe.

byebye. sekian entry kali ini.

Thursday, 19 November 2015

THANK YOU NUFFNANG !!

Assalamualaikum salam Jumaat kawan kawan.

Semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan positif okai !!!

Hari ni nak hapdet entry sikit tentang Nuffnang ni. haha.

Sebenarnya tiada apapun. tadi bila buka akaun nuffnang, saja nak tengok iklan apa yg sedang on going kat blog saya ni.

Ingatkan takda iklan. sebab pernah hapdet entry sedih kat nuffnang beberapa minggu lepas. hukhuk.

Taknak type panjang panjang.


Kawan kawan ku jangan lupa klik iklan nuffnang yang keluar kat blog saya ye. hukhuk. thank you.

Assalamualaikum~
Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.